JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti. FOTO REUTERS
JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti. FOTO REUTERS
Reuters

Madrid: Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos dan pemain sayap, Vinicius Jr boleh beraksi pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Chelsea, minggu depan.

Kedua-dua pemain itu tidak beraksi ketika menang 2-0 di Cadiz pada aksi La Liga, Sabtu lalu.

Kroos yang juga bekas pemain antarabangsa Jerman dan Vinicius JR yang juga pemain antarabangsa Brazil dianggap pemain paling berpengaruh bagi Real musim ini, tetapi tidak beraksi menentang Cadiz kerana masalah otot kaki.

"Mereka tidak bermain hari ini kerana kedua-duanya berdepan isu kecil," kata jurulatih, Carlo Ancelotti pada Sabtu lalu.

"Mereka berlatih berasingan pada hari ini, tetapi esok akan kembali berlatih secara normal dan cergas untuk bermain pada Selasa."

Real bertandang ke Stamford Bridge dengan membawa bekalan 2-0 selepas menang ke atas kelab London itu pada perlawanan pertama suku akhir.

Real Madrid kini menduduki tangga kedua La Liga dengan 62 mata iaitu ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona, yang bermain kurang satu perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 9:08 PM