VINICIUS (tengah) kecewa dengan kekalahan kepada Villarreal. FOTO Reuters
VINICIUS (tengah) kecewa dengan kekalahan kepada Villarreal. FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Samu Chukwueze menjaringkan dua gol untuk memberi satu lagi tamparan kepada Real Madrid apabila mereka dikalahkan 2-3 oleh Villarreal di laman sendiri dalam LaLiga walaupun dua kali mendahului.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti beraksi cemerlang apabila membelasah seteru Barcelona 4-0 di Camp Nou pada separuh akhir Copa del Rey pada hari Rabu.

Namun mereka tidak dapat membina momentum itu kerana kekalahan yang menyebabkan mereka mengumpul 59 mata di tempat kedua dan membuka pintu untuk Barcelona mendahului 15 mata di puncak jika menewaskan Girona Selasa depan.

Real menerima kunjungan Chelsea pada hari Khamis dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

"Ia adalah perlawanan yang sukar, kami mempunyai peluang dan kami boleh menjadikan kedudukan 3-1 dan memperlahankan rentak permainan, tetapi ia tidak berlaku," kata Ancelotti kepada Movistar Plus.

"Kami boleh bertahan dengan lebih baik. Sejujurnya, sukar untuk kami menjadi 100% bermotivasi, ia adalah perkara biasa."

"Kami tidak ragu-ragu, hari Khamis adalah cerita yang berbeza. Suhu turun sedikit hari ini, tetapi pada hari Khamis ia akan berada pada kekuatan penuh."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 12:16 PM