STATUS Trucha cetus tanda tanya.
STATUS Trucha cetus tanda tanya.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Selepas pasukan 'abang' iaitu Kelantan FC merehatkan jurulatihnya semalam, timbul persoalan mengenai pasukan 'adik' Kelantan United mengenai status ketua jurulatihnya Thomas Trucha.

Ia susulan ketiadaan nama pengendali Kelantan United itu dalam senarai pasukan pada malam ini yang dijadual menentang Kuching City FC.

Malah, terdapat khabar angin mendakwa jurulatih yang memiliki wajah mirip pengurus Liverpool, Jurgen Klopp itu direhatkan oleh pengurusan kelab terbabit.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kelab berkenaan hal itu, prestasi semasa Kelantan United jelas tidak memuaskan apabila menghuni tangga tercorot Liga Super.

Selepas enam aksi, pasukan itu masih gagal meraih sebarang kemenangan dan kemungkinan ketiadaan jurulatih itu pada malam ini kerana sudah direhatkan pihak pengurusan kelab.

Jika benar, Trucha adalah jurulatih kedua yang direhatkan musim ini selepas Kelantan FC turut merehatkan Choi Moon-sik semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 10:41 PM