JAMES berdepan masalah kecederaan menjelang aksi menentang Ukraine. FOTO AFP
JAMES berdepan masalah kecederaan menjelang aksi menentang Ukraine. FOTO AFP
Reuters

London: Reece James diketepikan daripada skuad England menjelang aksi kelayakan Euro menentang Ukraine kerana mengalami kecederaan dan kembali ke pangkuan kelabnya, Chelsea.

James, yang terlepas aksi Piala Dunia berikutan kecederaan lutut, juga bergelut dengan masalah hamstring.

Dia hanya beraksi selama lima minit ketika England menang 2-1 ke atas Itali selepas masuk sebagai pemain gantian di lewat permainan.

"James kembali ke Chelsea untuk pemeriksaan berikutan masalah kecederaan yang dihadapi.

"Tiada penggantian dirancang kerana skuad Gareth Southgate, termasuk Luke Shaw yang digantung, meneruskan persiapan mereka di Padang Latihan Tottenham Hotspur," kata pasukan England.

Southgate sebelum ini menyaksikan penyerang Manchester United, Marcus Rashford dan pemain tengah Chelsea, Mason Mount, tidak dapat melapor diri untuk tugasan antarabangsa kerana kecederaan.

England akan menentang Ukraine di Wembley Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2023 @ 10:32 PM