KECEMERLANGAN Ederson bersama City menarik perhatian jurulatih baharu Brazil.
KECEMERLANGAN Ederson bersama City menarik perhatian jurulatih baharu Brazil.
Agensi

London: Ederson mengakui terkejut Alisson disisihkan oleh pengurus sementara Brazil, Ramon Menezes dalam senarai akhir skuad negara itu untuk aksi antarabangsa bulan ini.

Penjaga gol Liverpool berusia 30 tahun itu menjadi pilihan utama sejak 2016, menjuarai Copa America 2019 dan memiliki 61 kap untuk gergasi Amerika Selatan itu.

Skuad Brazil mengandungi 23 pemain untuk aksi persahabatan menentang Maghribi Sabtu ini diumumkahn awal Mac lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu yang hanya meraih 19 kap untuk Brazil memberi komen mengenai ketiadaan Alisson.

Namun bintang Manchester City itu menegaskan masih terlalu awal sama ada dia menggantikan Alisson sebagai penjaga gol pertama skuad negaranya.

Ederson berkata: "Kali pertama melihat senarai itu, saya terkejut tetapi itu keputusan jurulatih. Terdapat beberapa pilihan, saya fikir dia mungkin terpilih tetapi tidak.

"Saya tak tahu mengapa, ia mungkin peluang kepada pemain muda. Tetepi kami perlu bekerja dan beri yang terbaik. Setiap hari ada pemin baharu yang boleh menggalas tanggungjawab."

"Saya fikir masih terlalu awal untuk itu (dia mungkin menjadi nombor satu). Sudah tentu ia sangat penting memulakan pusingan. Bagi saya tiada beza dan saya berharap dapat menjalankan tugas dengan terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2023 @ 6:07 PM