FODEN meraikan gol jaringannya untuk City. -FOTO AFP
FODEN meraikan gol jaringannya untuk City. -FOTO AFP
Reuters

Manchester: Phil Foden dan Bernardo Silva masing-masing mencetak nama sebagai penjaring untuk Manchester City terus memberikan tekanan terhadap pencabar gelaran Arsenal selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini.

City kini dua mata di belakang pendahulu liga, Arsenal yang akan melayan kunjungan Bournemouth awal pagi nanti.

Foden diketepikan awal musim ini kerana kecederaan kaki meletakkan City di hadapan pada minit ke-15 yang juga gol keempatnya dari tiga perlawanan dalam semua pertandingan.

Pemain tengah itu mempamerkan kawalan yang luar biasa melepasi kawalan empat pemain pertahanan Newcastle dan masuk ke dalam kotak sebelum rembatan ke arah kaki Sven Botman dan melepasi Nick Pope.

Silva dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-65 dan pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol dua minit kemudian dengan penyudah tajam menewaskan Pope yang berjaya menyelamatkan rembatan Erling Haaland.

Kekalahan menjadi satu lagi tamparan kepada harapan Newcastle untuk memburu kelompok empat teratas selepas pasukan Eddie Howe yang tewas 0-2 kepada Manchester United pada perlawanan akhir Piala Liga minggu lalu hanya mencatat satu kemenangan dalam lapan perlawanan liga terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 10:48 PM