MOHAMED Salah, cuba dihalang pemain Crystal Palace Marc Guehi. -FOTO AP
MOHAMED Salah, cuba dihalang pemain Crystal Palace Marc Guehi. -FOTO AP
AFP

London: Pengendali Liverpool berkata, tiada pengakhiran kisah Hollywood dalam perjuangan pasukannya selepas seri 0-0 Crystal Palace.

The Reds bertandang ke Selhurst Park dengan penuh keyakinan selepas dimalukan 2-5 di tempat sendiri kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

Satu mata mata yang diperoleh itu meletakkan Liverpool di tangga ketujuh dalam Liga Perdana namun mereka masih ketinggalan enam mata di belakang Tottenham di tangga keempat dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Anak buah Klopp hampir memenangi empat trofi yang tidak pernah berlaku sebelum ini musim lalu, tetapi kini bergelut untuk mendapatkan rentak itu musim ini.

"Ini bukan musim sejarah," kata Klopp.

"Tidak akan ada filem mengenainya, tetapi kami perlu meneruskannya."

Palace kekal tanpa kemenangan dalam sembilan perlawanan, tetapi keputusan seri membawa Eagles enam mata di atas zon penyingkiran.

Liverpool tampak sedang membina sedikit momentum menerusi dua kemenangan berturut-turut dalam EPL sebelum kembali kepada realiti sebenar selepas dibelasah pada aksi di Eropah pada pertengahan minggu.

Kekurangan tenaga menjadi antara faktor utama di sebalik kemerosotan Reds musim ini tetapi Klopp meletakkan kepercayaan menerusi pengalamannya.

Kepulangan James Milner, Naby Keita dan Joel Matip menjadi antara empat perubahan utama yang membawa kesebelasan utama Klopp dengan purata usia melebihi 29 tahun.

Pemain lebih berusia itu membantu menyeimbangkan pasukan tetapi pelawat kekurangan inspirasi ketika menyerang tanpa Darwin Nunez yang cedera.

"Anda merasakan sesuatu yang tidak betul, tetapi ia satu mata di tempat lawan dan ia ok," kata Klopp.

"Ia tidak hebat, tetapi ia ok."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 9:08 AM