RONALDO ledak kesemua empat gol Al-Nassr. FOTO AFP
RONALDO ledak kesemua empat gol Al-Nassr. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Cristiano Ronaldo meledakkan kesemua empat gol untuk Al Nassr menewaskan Al Wehda 4-0 dalam saingan Liga Saudi sekali gus melepasi jaringan 500 gol liga sepanjang karier kelabnya.

Bintang Portugal berusia 38 tahun itu kini merekodkan 503 gol yang dijaringkan bersama lima pasukan berbeza merentasi lima liga.

Dia menjaringkan tiga gol untuk Sporting Lisbon, 103 bersama Manchester United, 311 Real Madrid dan 81 ketika di Juventus.

Ronaldo sudahpun meledak lima gol untuk Al Nassr yang disertainya selepas Piala Dunia selepas meninggalkan United.

Pada Khamis lalu dia meledak gol ke 500 pada minit ke-21 menerusi sepakan kaki kiri.

Dia menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat dan melakukan hatrik dari sepakan penalti lapan minit separuh pada babak kedua.

Ia adalah hatrik ke-61 dalam kerjayanya.

Ronaldo membuka jaringannya untuk Al Nassr pada Jumaat lalu menerusi sepakan penalti masa kecederaan ketika seri 2-2 menentang Al Fateh

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 7:59 AM