MARSCH dipecat selepas setahun mengendalikan Leeds. FOTO Reuters
MARSCH dipecat selepas setahun mengendalikan Leeds. FOTO Reuters
AFP

London: Jesse Marsch dipecat sebagai pengurus Leeds selepas pengendali dari Amerika itu gagal untuk membawa kelab yang sedang bergelut berada dalam kedudukan selesa dari zon penyingkiran Liga Perdana.

Kekalahan 0-1 Leeds di Nottingham Forest Ahad lalu menyebabkan mereka hanya satu tempat di atas tiga pasukan tercorot selepas tujuh perlawanan liga tanpa kemenangan.

"Leeds United mengesahkan ketua jurulatih Jesse Marsch digugurkan daripada tugasnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kali terakhir Leeds memenangi perlawanan Liga Perdana adalah pada 5 November, satu perlawanan yang suram yang mendorong peminat meminta Marsch dipecat selepas kekalahan kepada Forest.

Perkhabaran itu dimaklumkan 24 jam kemudian dengan pengendali berusia 49 tahun itu dilepaskan daripada tugasnya selepas hanya setahun bertanggungjawab di Elland Road.

"Jesse menyertai kelab itu pada Februari 2022 dan memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan kelab itu di Liga Perdana pada hari terakhir musim lalu," kata kenyataan itu.

"Proses melantik ketua jurulatih baharu sedang dijalankan."

Marsch dilantik dengan kontrak tiga tahun menggantikan Marcelo Bielsa yang dipecat selepas pasukan itu menamatkan saingan di tangga ke-17 terselamat dari zon penyingkiran hanya dengan perbezaan gol.

Pelantikan Marsch di Elland Road disambut dengan penuh keraguan dengan sesetengah pihak berpendapat kurangnya pengendali dari Amerika Syarikat di Liga Perdana menjadikan perlantikannya itu sebagai satu perjudian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 7:20 AM