SCHREUDER gagal lonjak prestasi Ajax. FOTO Agensi
SCHREUDER gagal lonjak prestasi Ajax. FOTO Agensi
AFP

Amsterdam: Ajax Amsterdam membuat keputusan 'menyakitkan tetapi perlu' apabila memecat jurulatih Alfred Schreuder selepas seri 1-1 di tempat sendiri menentang kelab corot, Volendam dalam saingan Liga Belanda awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan juara bertahan terbabit di tangga kelima, tujuh mata di belakang pendahulu yang juga musuh tradisi, Feyenoord.

"Ini keputusan menyakitkan tetapi perlu. Walaupun bermula dengan baik pada awal musim tetapi kami kini kehilangan banyak mata penting," kata ketua eksekutif Ajax, Edwin van der Sar dalam laman web kelab.

"Bola sepak itu sendiri turut sukar diramal. Kami memberikan Alfred masa dan kepercayaan untuk mengubah kedudukan namun dia gagal melakukannya."

Ajax gagal menang aksi liga sejak 22 Oktober dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.

Schreuder menyertai Ajax dari Club Brugge pada musim panas lalu bagi menggantikan Erik ten Hag yang berpindah ke Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 8:27 AM