ALVES didakwa melakukan serangan seksual. -FOTO AFP
ALVES didakwa melakukan serangan seksual. -FOTO AFP
AFP

Mexico: Pumas Mexico mengumumkan bahawa mereka menamatkan kontrak Dani Alves selepas pemain pertahanan Brazil itu ditangkap di Sepanyol atas dakwaan serangan seksual.

Pumas dikaitkan dengan Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico, "membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pemain itu dengan alasan yang adil," kata Presiden kelab Leopoldo Silva kepada pemberita.

"Kelab mengulangi komitmennya untuk tidak bertolak ansur dengan tindakan mana-mana pemain kami, walau siapa pun mereka, yang bertentangan dengan semangat universiti dan nilainya," tambahnya.

Pasukan Mexico itu menandatangani Alves, salah satu pemain bola sepak paling berjaya Julai lalu selepas dia meninggalkan Bercelona buat kali kedua.

Mahkamah Sepanyol memerintahkan Alves ditahan dalam tahanan tanpa jaminan selepas dia ditangkap di Barcelona atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita bulan lalu.

Hakim di Barcelona mengambil langkah itu selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu berhubung peristiwa yang didakwa berlaku di sebuah kelab malam, kata satu kenyataan mahkamah.

Alves, yang berada di Barcelona untuk bercuti selepas penyertaannya pada Piala Dunia bersama Brazil di Qatar, mengesahkan dia berada di kelab malam itu pada masa itu tetapi menafikan sebarang salah laku.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 8:42 AM