GUARDIOLA mahu pemainnya bangkit dalam aksi liga.
GUARDIOLA mahu pemainnya bangkit dalam aksi liga.
AFP

London: Pep Guardiola memberi amaran kepada pemain Manchester City bahawa mereka masih jauh daripada menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas di Liga Perdana (EPL) musim ini.

Pasukan Guardiola yang menduduki tangga kedua menerima kunjungan Tottenham awal pagi esok kini dalam usaha merapati pendahulu Arsenal selepas berdepan saingan sengit mempertahankan gelaran liga.

City lapan mata di belakang Gunners susulan kekalahan 1-2 di Manchester United minggu lalu tetapi Guardiola lebih bimbang dengan ancaman daripada kelab di bawah mereka.

Tottenham di tangga kelima hanya tiga mata di belakang City jika menang di Stadium Etihad manakala pasukan di tangga ketiga, United terikat sama mata dengan mereka selepas seri di Crystal Palace awal pagi tadi.

Newcastle yang berada di tangga keempat hanya satu mata di belakang City yang kali terakhir gagal menduduki kelompok empat teratas pada 2010.

Guardiola percaya musim ini mengulangi apa yang menimpanya ketika di Manchester.

"Apabila anda tiba di sini, mereka berkata anda dalam empat teratas tetapi saya selalu selalu mengucapkan tahniah kepada diri sendiri dan pasukan," kata Guardiola kepada wartawan.

"Saya memberikan terlalu banyak kredit ketika kami layak ke Liga Juara-Juara pada 10 atau 11 tahun terakhir.

"Orang berkata, oh, ia palsu, lelaki ini palsu tetapi ia salah. Kini ia bukan masa memikirkan berapa banyak perlawanan untuk anda menang gelaran tetapi perlu fokus menang perlawanan selepas ini."

Selepas menang hanya satu daripada tiga aksi liga dan tewas mengejut kepada Southampton di suku akhir Piala Liga, City tidak lagi boleh melakukan kesilapan dalam misi mempertahankan gelaran EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2023 @ 9:11 AM