NUNEZ alami kecederaan.
NUNEZ alami kecederaan.
Agensi

London: Darwin Nunez dijangka tidak menyertai kunjungan Liverpool ke Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok selepas tidak muncul ketika sesi latihan semalam.

Tahap kecederaan pemain Uruguay itu tidak diketahui. Namun pengendali, Jurgen Klopp enggan menanggung risiko dan dijangka tidak beraksi di Stadium Falmer bagi memastikan dia benar-benar pulih.

Nunez tidak berlatih minggu ini bersama Luis Diaz, Diogo Jota dan Roberto Firmino yang tersisih akibat kecederaan dialami sebelum ini.

Ketiadaan mereka bakal memberi peluang kepada Cody Gakpo yang dijangka beraksi kali pertama dalam aksi liga sejak berpindah dari PSV bulan ini.

Nunez menjaringkan gol ke-10nya dalam semua kejohanan hujung minggu lalu ketika menentang Wolves dalam saingan Piala FA ketika dia mencari konsistensi selepas perpindahan musim panas.

Pemain Liverpool yang dibeli dengan harga rekod kelab menunjukkan kualiti diperlukan tetapi kekurangan minit perlawanan menjejaskan prestasinya di Merseyside.

Ketiadaannya juga memberi peluang kepada Alex Oxlade-Chamberlain, Harvey Elliott atau Fabio Carvalho beraksi di bahagian serangan yang turut menampilkan Mohamed Salah.

Ancaman Brighton tidak boleh dipandang mudah selepas mereka seri 3-3 di Anfield pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan manakala Liverpool tewas aksi liga terakhir dan mahu meraih kembali kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 10:06 AM