MADDISON mengalami kecederaan lutut. FOTO AP
MADDISON mengalami kecederaan lutut. FOTO AP
Reuters

London: Pemain tengah Leicester City, James Maddison akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool Sabtu ini kerana mengalami kecederaan lutut dan berjumpa pakar mengenai isu itu, kata pengurus Brendan Rodgers.

Maddison mengalami kecederaan selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 Leicester menentang West Ham United sebelum Piala Dunia dan semasa dia menjadi sebahagian daripada skuad England di Qatar dia tidak beraksi.

"Maddison tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu," kata Rodgers pada sidang akhbar pada hari Rabu.

"Dia bersama (doktor kelab) Mark Waller mendapatkan beberapa nasihat khas di London jadi saya akan menunggu untuk mendengar daripada mereka kemudian.

"Dia belum berlatih dengan pasukan kami. Dia mendapat rawatan (di Qatar) dan dan pasukan perubatan menganggap dia boleh sahaja untuk berlatih. Dia memang boleh diturunkan untuk perlawanan untuk England.

"Dia kembali, ingin menyambung tugasnya, dan merasakan sakit di bahagian lututnya yang lain pula."

Maddison berada dalam prestasi terbaik untuk Leicester yang menghuni tangga ke-13 musim ini dengan meledak tujuh gol.

Pemain tengah Belgium, Dennis Praet juga terlepas perlawanan menentang Liverpool selepas mengalami kecederaan ketika Leicester kalah kepada Newcastle baru-baru ini.

Maddison had been in superb form for 13th-placed Leicester this season with seven goals and four assists in the league.

Belgian midfielder Dennis Praet will also miss the Liverpool game having suffered a knock early in Leicester's 3-0 defeat by Newcastle United on Monday after replacing Maddison in the starting line-up.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 2:20 PM