Rice rebutan tiga pasukan. -FOTO Reuters
Rice rebutan tiga pasukan. -FOTO Reuters
Agensi

London: Chelsea dilaporkan mendahului saingan untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice.

The Blues mengejar pemain West Ham itu sudah hampir tiga tahun tetapi masih belum dapat mengikat pemain berkenaan.

Namun masa depan Rice di Stadium London Stadium itu kini ragui kerana dia masih mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya.

Malah pemain tengah itu juga menolak tiga tawaran baru daripada The Hammers.

Rice tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini tetapi West Ham mungkin boleh berbuat demikian pada musim panas nanti.

The Athletic sebelum ini mendakwa Chelsea mendahului untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu yang sebelum ini pernah berada dalam akademi mereka.

Namun apa yang menjadi kebimbangan Blues adalah mereka mungkin akan tewas kepada Manchester United atau Manchester City.

Bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mendedahkan April lalu bawah dia sudah mencuba sedaya upaya untuk membawa Rice ke Stamford Bridge.

Dia berkata: "Kami bertuah kerana memilikinya di England. West Ham bertuah memilikinya.

"Dia seorang pemimpin dan jelas bahawa dia ditakdirkan untuk melakukan perkara yang hebat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2022 @ 11:12 AM