SUGUL biarpun dinobatkan penerima Kasut Emas. -FOTO Reuters
SUGUL biarpun dinobatkan penerima Kasut Emas. -FOTO Reuters
MBAPPE kecewa selepas pasukannya tewas di pentas akhir Piala Dunia. -FOTO Reuters
MBAPPE kecewa selepas pasukannya tewas di pentas akhir Piala Dunia. -FOTO Reuters
Agensi

Doha: Riak kecewa jelas terpampang di raut wajah Kylian Mbappe di bangku simpanan Perancis ketika dia menyaksikan Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia.

Bintang Perancis itu menjadi pemain pertama sejak Sir Geoff Hurst meledak hatrik dalam perlawanan terbesar bola sepak dengan treble menakjubkan ketika menentang Argentina.

Dia kemudiannya menyempurnakan penalti dalam penentuan dramatik selepas penjaga gol lawan Emiliano Martinez menyelamatkan dua kali percubaan menyaksikan juara bertahan itu tewas selepas kedudukan terikat 3-3 selepas tamat perlawanan pada babak sebenar.

Mbappe, 23, dan Lionel Messi masing-masing sudah menjaringkan lima gol sebelum beraksi di pentas akhir.

Messi sendiri menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir yang menakjubkan menjadikannya tujuh gol apabila Mbappe diberi peluang menyamakan kedudukan minit ke-118.

Di bawah tekanan yang tinggi untuk merangkul Kasut Emas Mbappe berusaha keras menghidupkan impian negaranya.

Mbappe menjadi pemain kedua yang melakukan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas pemain England, Geoff Hurst pada 1966 dan menamatkan saingan dengan satu gol di hadapan Messi yang dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

Messi adalah pemain pertama yang menjaringkan gol dalam peringkat kumpulan dan keempat-empat pusingan dalam fasa kalah mati.

Pemain berusia 23 tahun itu setakat ini sudah menjaringkan 12 gol di Piala Dunia dalam 14 perlawanan dan setaraf dengan legenda Brazil Pele di tempat keenam dalam senarai sepanjang masa.

Mbappe menjadi pemain kedua yang berjaya menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Dunia berturut-turut selepas Vava meledakkan gol kemenangan Brazil pada 1958 dan 1962.

Empat gol penyerang Paris Saint-Germain itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia juga adalah yang terbanyak dalam sejarah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 10:08 AM