DESCHAMPS menemui Achraf Hakimi selepas berakhir aksi separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dengan Maghribi. FOTO EPA
DESCHAMPS menemui Achraf Hakimi selepas berakhir aksi separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dengan Maghribi. FOTO EPA
AFP

Doha: Melangkah ke final Piala Dunia keempat mereka dalam tujuh edisi, Perancis sudah biasa dengan kejayaan di pentas antarabangsa dan tunjangnya ialah Didier Deschamps.

Beliau adalah pemenang Piala Dunia selaku pemain dan kini pemimpin yang memberi inspirasi sebagai jurulatih.

Ketika Les Bleus akan beraksi di final beremu Argentina, Ahad ini di Doha, kemampuan mereka sebelum ini diragui menjelang Piala Dunia.

Mereka berdepan kekecewaaan pada Euro 2020 dan Deschamps sudah pun berdepan dengan krisis kecederaan sebelum pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema menarik diri daripada skuad di saat akhir.

Namun situasi itu membolehkan jurulatih Perancis itu mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk merombak taktikal apabila mengubah peranan Antoine Griezmann daripada penyerang kepada pemain tengah.

"Saya berhutang kepadanya dalam kerjaya antarabangsa saya. Saya memberikan segala-galanya untuk Perancis dan juga untuknya.

"Setiap perlawanan, setiap aksi adalah seperti saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya mahu melakukan segala-galanya untuk membuat dia bangga dengan pemain nombor tujuhnya," kata bintang Atletico Madrid itu.

Deschamps mungkin diejek oleh sesetengah penyokong yang merasakan pasukannya perlu bermain bola sepak yang lebih menarik.

Tetapi komen Griezmann mendedahkan sesuatu yang lain mengenai sisi Deschamps iaitu kepakaran mengurus pasukannya lebih daripada soal taktikal.

"Dia suka bercakap dengan pemainnya dan tahu apa yang anda rasa. Setiap kali dia memberi arahan atau nasihat anda akan mengikutnya," kata Griezmann.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2022 @ 8:36 AM