Bintang Perancis, Kylian Mbappe melakukan rembatan ketika sesi latihan di Al Sadd SC Doha. FOTO AFP
Bintang Perancis, Kylian Mbappe melakukan rembatan ketika sesi latihan di Al Sadd SC Doha. FOTO AFP
Reuters

Doha: Pemain pertahan Perancis, Dayot Upamecano dan tonggak tengah, Adrien Rabiot kedua-dua belum pasti dapat diturunkan bagi perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia berdepan Maghribi selepas tidak menjalani latihan utama hari ini.

Upamecano beraksi di bahagian pertahanan tengah dan Rabiot yang demam, berada dalam sesi latihan ringan dalam dewan kata Konfederasi Bola Sepak Perancis (FFF)

Upamecano sudah pun terlepas sesi latihan pada Isnin.

Jika mereka terpaksa disisihkan, Ibrahima Konate akan bermain di pertahanan tengah dalam senarai permulaan pasukan manakala Youssouf Fofana dijangka bersama Antoine Griezmann dan Aurelien Tchouameni di bahagian tengah.

Skuad kendalian Didier Deschamps berdepan masalah kecederaan dengan penyerang Karim Benzema terpaksa disisihkan sebelum kejohanan bermula dan pemain pertahan Lucas Hernandez dihantar pulang selepas mengalami kecederaan lutut serius pada aksi peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 12:11 AM