BOUFAL (kanan) meraikan kejayaan Maghribi di atas padang bersama ibunya. FOTO AFP
BOUFAL (kanan) meraikan kejayaan Maghribi di atas padang bersama ibunya. FOTO AFP
Agensi

Doha: Pemain Maghribi, Sofiane Boufal mempelawa ibunya ke dalam padang untuk meraikan malam penuh kejutan yang dicatatkan mereka selepas menumpaskan Portugal di Piala Dunia.

Pemain sayap Angers itu berjaya memainkan peranan ketika Maghribi mencatat sejarah menjadi negara Afrika pertama mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Berlakunya sambutan meriah daripada pemain Maghribi di atas padang selepas wisel penamat, berbanding Portugal yang kecewa termasuk Cristiano Ronaldo meninggalkan padang dengan tangisan.

BBC menyiarkan rakaman Boufal meraikan bersama ibunya di padang.

Pasangan itu tersenyum lebar, menikmati detik bersejarah itu, dengan Maghribi kini hanya selangkah lagi dari final Piala Dunia.

Youssef En-Nesyri menjaringkan gol tunggal permainan ketika dia menanduk masuk ke dalam gawang apabila penjaga gol Portugal, Diogo Costa berada jauh dari garisannya untuk menumbuk bola.-

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 4:49 PM