HEUNG-min menangis kegembiraan selepas Korea Selatan berjaya mengalahkan Portugal. FOTO AFP
HEUNG-min menangis kegembiraan selepas Korea Selatan berjaya mengalahkan Portugal. FOTO AFP
AFP

Doha: Penyerang Tottenham, Son Heung-min, yang menghasilkan hantaran cantik untuk membolehkan Korea Selatan meraih gol kemenangan mengakui dia menangis tanda kegembiraan.

"Kami menunggu lama untuk detik ini dan kami sebagai pemain percaya mampu melakukannya bersama-sama.

"Ada ketika saya tidak dapat memberikan yang terbaik dan saya berterima kasih kepada rakan sepasukan mereka mampu menutup kelemahan saya ketika saya tidak berjaya menjalankan tugas. Saya bangga dengan mereka," katanya.

Wakil Asia itu begitu hampir dengan penyingkiran sepanjang permainan tetapi jaringan kemenangan minit ke-91 Hwang Hee-chan melonjak Korea Selatan ke tangga kedua Kumpulan H, di belakang Portugal.

Bagaimanapun mereka terpaksa menunggu beberapa minit selepas permainan untuk menanti keputusan perlawanan antara Uruguay dan Ghana.

Uruguay menewaskan Ghana 2-0 tetapi gagal mencari gol tambahan untuk kembali memintas Korea Selatan di tangga kedua

Korea Selatan, yang tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2014 dan 2018, kini mara ke pusingan kalah mati buat kali ketiga sepanjang beraksi di Piala Dunia.

Brazil yang muncul juara kumpulan G, akan bertemu Korea Selatan pada pusingan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 10:24 AM