PAQUETA (kiri) berebut bola dengan pemain Serbia.
PAQUETA (kiri) berebut bola dengan pemain Serbia.
Reuters

Al Rayyan: Juara dunia lima kali, Brazil mungkin tanpa pemain tengah Lucas Paqueta untuk aksi menentang Switzerland dalam saingan Kumpulan G awal pagi Selasa ini.

Brazil sudah pun kehilangan penyerang, Neymar dan pertahanan, Danilo dengan kedua-duanya berdepan kecederaan buku lali ketika menewaskan Serbia 2-0 dalam aksi pertama.

Pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia itu menjalani latihan secara tertutup di Stadium Al Arabi Stadium semalam dan jurulatih Tite tidak memberi bayangan senarai pemain ketika sidang media hari ini.

Tetapi Reuters difahamkan Paqueta tidak dapat menjalani latihan penuh sekali gus menjejaskan perancangan Tite bagi menghadapi Switzerland.

Bintang muda Real Madrid, Rodrygo mungkin menjadi pilihan pertama jika Tite mahu menggunakan sistem sama yang menggandingkan empat pemain bersama Vinicius, Richarlison dan Raphinha.

Pemain berusia 21 tahun itu menyerlah di posisi Neymar ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan di Turin sebelum bermula Piala Dunia.

Namun pilihan menggandingkan Fred dengan rakan sepasukan di Manchester United, Casemiro untuk memperkuatkan bahagian tengah turut antara formula yang boleh difikirkan Tite.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 9:34 PM