NEYMAR mengalami kecederaan buku lali ketika aksi bertemu Serbia. FOTO EPA
NEYMAR mengalami kecederaan buku lali ketika aksi bertemu Serbia. FOTO EPA
AFP

Doha: Penyerang versatil Brazil, Rodrygo berjata menarik perhatian rakan sepasukannya, Casemiro, yang berkata, penyerang Real Madrid itu mampu menggantikan Neymar dalam kesebelasan utama saingan Piala Dunia.

Neymar dijangka terlepas dua lagi aksi peringkat kumpulan menentang Switzerland dan Camerron selepas mengalami kecederaan ketika menang 2-0 ke atas Serbia.

Bagaimanapun, Casemiro yang juga tonggak Manchester United berkata, The Selecao mempunyai bakat baru iaitu Rodrygo, 21, yang sedia untuk menyinar.

"Rodrygo membuka mata saya. Dia adalah bintang. Tuhan memberikannya kelebihan dalam bermain bola sepak. Ia membuatkan anda sangat terpesona melihatnya beraksi," kata Casemiro.

Rodrygo selalunya beraksi di bahagian sayap ataupun di bahagian tengah barisan serangan namun jurulatihnya di kelab mahupun negara berkata, pemain berkenaan mampu beraksi di mana-mana bahagian di kelompok serangan termasuk peranan No 10 milik, Neymar.

Seorang lagi yang membuka mata Casemiro ialah pemain tengah menyerang West HamLucas Paqueta.

"Paqueta adalah pemain yang paling banyak berkembang.

"Dia sangat dinamik dan moden. Dia boleh bermain di bahagian tengah, sebagai false nine. Ia adalah satu keistimewaan untuk bermain dengannya," kata Casemiro

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 12:01 PM