Doha: Uruguay terikat tanpa jaringan berdepan Korea Selatan pada perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia dekat Qatar, sebentar tadi.
Son Heung-min berada dalam senarai permulaan pasukan buat Korea sekalipun berdepan masalah keretakan pada muka.
Uruguay hampir memperoleh jaringan kemenangan ketika percubaan Diego Godin dan Fede Valverde terkena tiang gol.