MARTINEZ dijangka mengunci pergerakan Haaland untuk aksi seteru setempat Manchester. FOTO Agensi
MARTINEZ dijangka mengunci pergerakan Haaland untuk aksi seteru setempat Manchester. FOTO Agensi
AFP

London: Kepercayaan Erik ten Hag terhadap pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez akan diuji apabila penyerang Manchester City, Erling Haaland berhasrat untuk meneruskan rentaknya dalam perlawanan seteru setempat esok.

Haaland membuat permulaan yang cemerlang dengan City sejak menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Borussia Dortmund.

Dengan 14 gol dalam sembilan perlawanan dalam semua pertandingan untuk City, penyerang antarabangsa Norway itu, bakal beraksi dalam perlawanan seteru setempat Manchester pertamanya, sekali gus menguji kebangkitan United sejak akhir-akhir ini.

Hanya sekali sahaja Haaland dinafikan gol dalam saingan EPL musim ini, tetapi pengurus United, Ten Hag mungkin mempunyai penyelesaian untuk menjinakkan pemain berusia 22 tahun itu.

Ketika Ajax di bawah bimbingan Ten Hag berdepan Dortmund dalam Liga Juara-Juara musim lalu, mereka menghalang Haaland menjaringkan gol dan memenangi perlawanan itu disebabkan inspirasi daripada pemain pertahanan yang gigih itu dan kini bersama United.

Pada ketinggian 1.93 meter (m) Haaland akan mengatasi Martinez, yang juga pertahanan tengah paling rendah di EPL hanya 1.75m.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Argentina yang agresif itu tidak membiarkan fizikal kecilnya menghalangnya untuk berdepan penyerang lawan.

Bergandingan bersama Raphael Varane di bahagian pertahanan tengah selepas Harry Maguire digugurkan dua perlawanan pada musim ini, Martinez memperbiki masalahj yang dihadapi United sejak musim lalu.

"Kami tidak menentang Haaland, kami menentang Man City.

"Kami yakin dengan kemampuan kami. Jika kami bertindak sebagai satu pasukan kami boleh menewaskan mereka.

"Kami perlu melihat kepada diri sendiri. Kami perlu melakukan yang terbaik, dengan pelan permainan yang baik. Kemudian ia adalah mengenai pelaksanaan. Kami perlu melakukan 100 peratus," kata Ten Hag.

"We don't play against Haaland, we play against Man City," said Ten Hag. "We are convinced of our capabilities. If we act as a team we can beat our opponents.

"We need to look to ourselves. We have to perform at our best, with a good game plan. Then it is about execution. We will have to do 100 percent."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 2:01 PM