PEMAIN Milan, Saelemaekers meraikan jaringan kedua pasukannya. FOTO AP
PEMAIN Milan, Saelemaekers meraikan jaringan kedua pasukannya. FOTO AP
AFP

Milan: AC Milan melonjak ke tangga teratas Kumpulan E Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Dinamo Zagreb 3-1 untuk kemenangan pertama mereka di tempat sendiri dalam tempoh sembilan tahun di kejohanan elit Eropah itu.

Jaringan penalti Olivier Giroud sebelum tamat babak pertama dan dua gol lagi menerusi Alexis Saelemaekers sertaTommaso Pobega membolehkan Milan memintas Dinamo selaku pendahulu dengan empat mata.

Skuad Stefano Pioli kini dua mata di depan Salzburg yang berada di tangga ketiga selepas kelab Austria itu seri 1-1 dengan pasukan tercorot Chelsea.

"Saya fikir kami sepatutnya dapat menjaringkan lebih banyak gol, perlu lebih tepat pada hantaran terakhir. Tetapi kami gembira, ia bukan perlawanan yang mudah tetapi kami beraksi dengan baik," kata Giroud kepada Sky Sport Italia.

"Liga Juara-Juara adalah kejohanan terbaik, kami mahu melakukannya dengan cemerlang dan melepasi perlawanan kumpulan," kata Giroud.

"Ini perlawanan kedua, kami mendapat empat mata dan harap lebih meningkat lagi selepas ini."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 9:14 AM