PEMAIN Benfica  Goncalo Ramis (kanan) mengasak kubu Juventus.  FOTO AP
PEMAIN Benfica Goncalo Ramis (kanan) mengasak kubu Juventus. FOTO AP
Reuters

Turin, Itali: Juara dua kali Eropah, Benfica bangkit untuk meraih kemenangan 2-1 di Juventus menerusi jaringan Joao Mario dan David Neres sekali gus mengekalkan permulaan cemerlang mereka dalam Kumpulan H Liga Juara-Juara (UCL).

Ia malam dukacita buat Juventus yang tewas dua aksi peringkat kumpulan UCL buat kali pertama dan tewas tiga kali berturut-turut dalam saingan kejohanan elit Eropah juga kali pertama dalam tempoh 50 tahun.

"Saya sudah memberitahu pasukan ia boleh berlaku dalam bola sepak. Kami perlu bangkit sebagai satu pasukan dengan lebih tanggungjawab," kata jurulatih, Massimiliano Allegri kepada Sky Sport Italia.

"Kami ada perlawanan penting menentang Monza dan selepas itu akan akan memikirkan mengenai Eropah. Ia pasti sukar tetapi kami masih ada harapan."

Benfica kini di tangga kedua Kumpulan H dengan enam mata, terikat dengan Paris St Germain yang menang 3-1 di Maccabi Haifa.

Benfica menerima kunjungan Paris St Germain pada 5 Oktober manakala Juventus menentang Maccabi Haifa di Turin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 8:52 AM