Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Perlawanan final Piala FA bakal bermula kira-kira 4 jam lagi namun berlaku sedikit kekecohan di beberapa pintu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Situasi di pekarangan stadium yang sudah mula hujan menyebabkan penyokong kedua-dua pasukan meminta pintu dibuka lebih awal bagi mengelak dibasahi hujan.

Difahamkan pintu stadium akan dibuka jam 6 petang seperti ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia(MFL) sekali gus penyokong bola sepak perlu menunggu lebih sejam sebelum memasuki venue.

Rata-rata penyokong mula menjerit dan meminta pintu dibuka lebih awal lagi selepas melihat terdapat beberapa penyokong sudah berada di dalam stadium.

Namun, pihak polis bertindak cepat apabila mengawal keadaan bagi mengelak keadaan menjadi lebih panas.

PENYOKONG memenuhi pintu masuk stadium.
PENYOKONG memenuhi pintu masuk stadium.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 5:04 PM