LEWANDOWSKI meraikan jaringannya. FOTO EPA
LEWANDOWSKI meraikan jaringannya. FOTO EPA
AFP

Madrid: Robert Lewandowski menjaringkan gol sekali lagi ketika Barcelona menewaskan Sevilla 3-0 saingan La Liga, awal pagi tadi.

Raphinha meletakkan Barcelona di depan dengan menanduk masuk bola minit ke-21 selepas cubaan Lewandowski gagal menghasilkan gol namun bintang Poland itu tidak perlu menunggu lama untuk mencetak gol sendiri.

Lewandowski mengawal dengan baik hantaran Jules Kounde sebelum merembat deras menewaskan penjaga gol lawan, Bono untuk gol kelimanya sepanjang empat penampilan di saingan La Liga.

Eric Garcia menjaringkan gol ketiga Barcelona lima minit selepas separuh masa kedua.

"Secara keseluruhan, ia adalah perlawanan yang sangat baik. Kami mendominasi perlawanan malah mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol.

"Kami sedang melalui tempoh yang baik. Menang 3-0 di Sevilla adalah petanda yang baik," kata jurulatih Barcelona, ​​Xavi Hernandez kepada Movistar.

Barcelona ketinggalan dua mata di belakang Madrid, tetapi Sevilla hanya memungut satu mata setakat ini.

"Situasi yang kami hadapi agak sukar. Kami meminta maaf berikutan keputusan ini," kata pemain tengah Sevilla, Ivan Rakitic.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2022 @ 9:24 AM