INZAGHI masih gagal mengutip sebarang mata buat Inter musim ini. -FOTO Reuters
INZAGHI masih gagal mengutip sebarang mata buat Inter musim ini. -FOTO Reuters
AFP

Milan: Inter Milan berdepan kekalahan pertama mereka musim ini apabila gandingan Sepanyol Luis Alberto dan Pedro Rodriguez meledak gol lewat perlawanan untuk membantu Lazio mencatatkan kemenangan 3-1 seterusnya membawa kelab dari Rom itu menguasai persada Serie A awal pagi tadi.

Ia menjadi satu lagi malam yang mengecewakan bagi pengurus Inter, Simone Inzaghi yang masih belum mengutip sebarang mata di padang yang dihormati sebagai pemain lebih sedekad dan buat pasukan yang dilatihnya sejak 2021.

Bekas penyerang Itali itu sebelum ini merasai kekalahan seperti tahun lalu apabila pasukannya tewas 1-3 kepada skuad bimbingan Maurizio Sarri, pengurus yang menggantikannya di Lazio.

"Ia adalah satu kekalahan yang sangat teruk," kata Inzaghi.

"Ia adalah permainan yang seimbang. Kami mempunyai separuh masa pertama yang baik tetapi gol Luis Alberto mengubah keseimbangan itu.

Sarri membawa masuk Luis Alberto dan Pedro sejurus selepas pemain Inter, Lautaro Martinez menyamakan gol pembukaan Felit Anderson minit ke-40.

Luis Alberto mengembalikan kelebihan Lazio pada minit ke-75 menerusi sepakan menakjubkan sebelum Pedro melengkapkannya empat minit sebelum tamat.

"Kemenangan ini amat penting buat kami, ia laluan yang kami perlu ikut untuk terus mara," kata Pedro.

Menerusi dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan, Lazio mengambil alih kedudukan teratas liga, satu mata di depan Inter yang menang dua perlawanan awal mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 8:00 AM