RONALDO mahu berhijrah. FOTO Reuters
RONALDO mahu berhijrah. FOTO Reuters
Agensi

London: Cristiano Ronaldo 'benar-benar mahu' menyertai Borussia Dortmund ketika khabar angin penghijrahannya dari Manchester United terus berlarutan.

Pemain berusia 37 tahun itu masih berharap untuk meninggalkan Old Trafford sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup dalam masa dua minggu sahaja.

Namun setakat ini ejennya, Jorge Mendes tidak dapat mencari kelab yang sesuai untuk bintang bola sepak dunia itu.

Ronaldo terdesak untuk terus bermain dalam Liga Juara-Juara dan BILD mendakwa dia kini mensasarkan mahu berhijrah ke Dortmund.

Media Jerman itu melaporkan Mendes sudah menawarkan Ronaldo kepada Dortmund tetapi tidak menerima sambutan yang menggalakkan.

Dortmund dikatakan tidak berminat untuk mendapatkan Ronaldo ke Westfalenstadion walaupun pengurus Dormund, Edin Terzic kehilangan pemain bintangnya, Sebastien Haller di awal musim selepas penyerang Perancis itu disahkan menghidap tumor testis.

Kesungguhan Ronaldo untuk menyertai Dortmund kerana gergasi Bundesliga itu beraksi di Liga Juara-Juara musim ini selain mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring gol terbanyak di pentas Eropah itu.

Ronaldo mempunyai kelebihan 15 gol di depan pesaing terdekat, Lionel Messi selaku penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dan bekas pemain Real Madrid serta Juventus itu menjaringkan enam gol sepanjang tujuh perlawanan bersama United musim lalu.

Bagaimanapun pada musim ini United akan beraksi di Liga Europa dengan pendengali baharu kelab itu, Erik ten Hag ditugaskan untuk mengembalikan semula United di puncak prestasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 9:25 AM