MODRIC berlatih bersama rakan sepasukan di Helsinki. FOTO AFP
MODRIC berlatih bersama rakan sepasukan di Helsinki. FOTO AFP
Agensi

Helsinki: Perancang Real Madrid, Luka Modric berpendapat tidak penting buat Carlo Ancelotti menguruskan minit permainannya musim ini walaupun bakal menghadapi Piala Dunia tahun ini.

Kejohanan edisi 2022 berlangsung di Qatar pada November dan Disember dengan pasukan Modric, Croatia turut mengesahkan tempat.

Croatia mara ke final edisi 2018 di Rusia dengan Modric membarisi kesebelasan utama. Dia kemudiannya dinobatkan pemenang Ballon d'Or dan satu-satunya pemain selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi memenanginya sejak 2008.

Ketika Ivan Rakitic pemain tengah Croatia sejak sedekad lalu masih beraksi dan Mario Mandzukic yang mengetuai pasukan pada 2018 - bersara daripada bola sepak antarabangsa, Modric dijangka sekali mengibarkan cabaran negaranya sekali lagi.

Modric akan berusia 37 tahun di Piala Dunia nanti ketika Croatia berada dalam Kumpulan F dengan Belgium, Kanada dan Maghribi dan dia berpendapat tidak perlu untuknya bercakap dengan pengurus Real Madrid, Ancelotti mengenai minit permainannya musim ini.

Dalam sidang akhbar di Helsinki sempena Piala Super Uefa menentang Eintracht Frankfurt, dia berkata: "Tidak perlu, tiada perbezaan. Selalu saya katakan umur bukan halangan. Yang penting apa anda tunjukkan di atas padang, anda tak perlu lihat umur anda.

"Saya bercakap dengan jurulatih setiap hari tetapi bukan perkara itu. Pengurus tahu saya suka beraksi dan saya rasa bagus ketika bermain.

"Saya bangga dapat membantu pasukan. Piala Dunia tidak mengubah apa-apa kepada saya. Saya hanya perlu bersedia, berlatih dan menjaga tahap kecergasan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2022 @ 10:47 AM