PEMAIN import Sri Pahang FC, Steven Rodriguez (kiri) dan Manuel Hidalgo (kanan) masing-masing menyumbangkan satu gol ketika menewaskan PJ City FC 3-0, malam ini. FOTO Bernama
PEMAIN import Sri Pahang FC, Steven Rodriguez (kiri) dan Manuel Hidalgo (kanan) masing-masing menyumbangkan satu gol ketika menewaskan PJ City FC 3-0, malam ini. FOTO Bernama
Firdaus Hashim


Petaling Jaya: Magis Datuk Dollah Salleh terus menjadi-jadi apabila pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kemenangan itu adalah yang ketiga berturut-turut sejak bekas pemain kebangsaan itu membimbing pasukan, bulan lalu.

Dalam aksi itu, skuad Tok Gajah mendahului dua gol pada babak pertama menerusi Abdul Malik Mat Ariff di minit ke-27 dan Steven Rodriguez di hujung permainan.

Gol ketiga pula terhasil dalam masa kecederaan babak kedua melalui Manuel Hidalgo.

Menerusi kejayaan itu, Sri Pahang kini terus mendaki carta liga di tangga keenam dengan 17 mata selepas mengharungi 14 aksi.

PJ City yang dibimbing P Maniam pula, terus terperosok jatuh ke kedudukan 11 liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 11:29 PM