ERIK ten Hag. -FOTO EPA
ERIK ten Hag. -FOTO EPA
Agensi

London: Erik ten Hag menegaskan adalah penting untuk Manchester United mengukuhkan barisan hadapan mereka sebelum permulaan musim Liga Perdana di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan yang menyelubungi Cristiano Ronaldo.

Ronaldo berhasrat untuk meninggalkan Old Trafford hanya 12 bulan selepas kepulangannya pemain berusia 37 tahun itu dan ia kelihatan berkemungkinan akan kekal selama setahun lagi dengan potensi untuk dia meninggalkan semakin berkurangan dari hari ke hari.

Kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dan Barcelona menolak untuk mendapatkan pemain itu manakala Atletico Madrid minggu ini memaklumkan kepada ejen Ronaldo, Jorge Mendes bahawa mereka tidak mempunyai dana untuk memulakan perjanjian.

Bayern Munich dan Paris Saint-Germain turut menolak peluang mengikat pemain antarabangsa Portugal itu begitu juga dengan pesaing utama mereka di Liga Perdana, Chelsea.

Ronaldo tidak bersama United untuk sesi pra-musim ini kerana isu keluarga dan masih belum jelas bila dia akan kembali ke Manchester untuk menyertai latihan skuad utama.

Ditanya mengenai status terbaru mengenai penjaring terbanyak gol musim lalu itu, Ten Hag berkata: "Tidak ia sama seperti minggu lalu.

"Sudah tentu, bimbang bukan perkataan yang tepat. Saya fokus kepada pemain yang ada di sini. Mereka melakukan tugas dengan sangat baik dan mereka berada dalam keadaan yang hebat. Kami akan menyatupadukan dia (Ronaldo).

Biarpun tanpa ketiadaan Ronaldo, barisan United tetap berbisa sepanjang perlawanan menentang Liverpool, Melbourne Victory dan Crystal Palace sehinggakan Ten Hag memutuskan untuk Anthony Martial kekal bersama kelab itu selepas pemain antarabangsa Perancis itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila menghabiskan masa enam bulan di Sevilla musim lalu sebagai pinjaman.

Gabungan antara Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho menjadi kunci kepada kemenangan berturut-turut dan berjaya menghasilkan 11 gol, tiga daripadanya dihasilkan penyerang antarabangsa Perancis itu.

"Mereka bekerjasama dengan sangat baik. Saya fikir apabila anda melihatnya anda berasa bertuah sebagai pengurus. Mereka akan menjadi ancaman, pasukan mempunyai senjata dan kami akan mengembangkannya.

"Kami mengikat Eriksen di bahagian tengah dan kami sangat gembira dengan itu. Saya juga gembira dengan prestasi bahagian tengah dan serangan kami.

"Musim ini akan ada banyak perlawanan dengan Piala Dunia. Jadi kami memerlukan lebih banyak pilihan. Kami memerlukan pasukan yang bagus dan skuad yang bagus untuk mendapatkan keputusan pada penghujung musim.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2022 @ 10:18 AM