DYBALA (dua dari kanan) memenangi lima kejuaraan liga dan empat trofi Piala Itali bersama Juventus. FOTO EPA
DYBALA (dua dari kanan) memenangi lima kejuaraan liga dan empat trofi Piala Itali bersama Juventus. FOTO EPA
Reuters

Milan: Penyerang antarabangsa Argentina Paulo Dybala bersetuju untuk menyertai pasukan Serie A, AS Roma secara percuma selepas dilepaskan Juventus jelas sumber yang rapat dengan kelab itu.

Dybala, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan selepas kontraknya dengan Juventus tamat, akan menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Roma bernilai €6 juta (RM40.5 juta) kata agensi berita Itali ANSA.

Pemain berusia 28 tahun itu memenangi lima kejuaraan liga dan empat trofi Piala Itali bersama Juventus selepas menyertai kelab yang berpangkalan di Turin dari Palermo pada 2015 dengan menjaringkan 115 gol dalam 293 penampilan di semua pertandingan.

Dybala akan menjadi pembelian keempat Roma pada jendela perpindahan selepas ketibaan pemain tengah Nemanja Matic, penjaga gol, Mile Svilar dan pertahanan Zeki Celik.

Roma menduduki tempat keenam dalam Serie A musim lalu dan memenangi Liga Konferensi Europa di bawah kendalian Jose Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 5:00 PM