RAPHINHA nyatakan hasrat untuk bersama Barcelona. -FOTO Agensi
RAPHINHA nyatakan hasrat untuk bersama Barcelona. -FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Barcelona nampaknya berjaya memenangi perlumbaan untuk mengikat sasaran Chelsea, Raphinha.

Gergasi Sepanyol itu bersedia mendapatkan perancang utama Leeds United itu dengan perjanjian keseluruhan yang bernilai £63 juta (RM334.20 juta).

Barcelona sentiasa menjadi destinasi pilihan pemain Brazil itu sehinggalah baru-baru ini Chelsea mengatakan berminat untuk memenuhi tawaran Leeds iaitu sebanyak £55 juta (RM291.77 juta) dengan tambahan £8 juta (RM42.44 juta).

Berita itu pasti akan menjadi tamparan kepada pengurus Thomas Tuchel yang semakin hampir memuktamadkan perjanjian pembelian dengan Manchester City untuk mendapatkan Raheem Sterling.

Pemain England itu berada di London untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan bersedia menyertai Chelsea di Los Angeles, di mana berada dalam jelajah pramusim.

Pemain pertahanan City, Nathan Ake bersedia untuk mengikut Sterling dan kembali ke Stamford Bridge.

Masalah kewangan termasuk hutang yang dilaporkan sebanyak £508 juta (RM2.695.42 juta) menghalang usaha Barcelona mengejar Raphinha.

Dengan Leeds mencari wang tunai perpindahan pemain ke Catalonia nampaknya tidak seimbang namun penjualan hak televisyen memperbaiki keadaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 12:10 PM