DANIEL menimbulkan pelbagai spekulasi penyokong bola sepak tanah air apabila dia gagal melaporkan diri kembali kepada KL City FC musim ini. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
DANIEL menimbulkan pelbagai spekulasi penyokong bola sepak tanah air apabila dia gagal melaporkan diri kembali kepada KL City FC musim ini. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Teka-teki destinasi seterusnya bekas pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC Daniel Ting pada musim ini akhirnya terlerai apabila pemain itu secara sah kembali ke Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pengumuman membabitkan kepulangan pemain disahkan menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebook Johor Southern Tigers yang memaparkan kelibat pemain berkenaan yang kemungkinan akan menguatkan lagi pertahanan kiri JDT.

Terdahulu, kehilangan secara misteri Daniel menimbulkan pelbagai spekulasi penyokong bola sepak tanah air apabila dia gagal melaporkan diri kembali kepada KL City FC sebelum saingan musim ini bermula.

Difahamkan, faktor peribadi dikatakan sebagai sebab mengapa pemain itu enggan kembali di Malaysia dan kekal di England pada ketika itu.

Namun, Daniel akhirnya mendedahkan bahawa dia tidak mahu meneruskan aksi bersama KL City kerana keengganannya menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum skuad The City Boys mengesahkan pemain bek kiri itu terpaksa dilepaskan.

Mengikut rekod, Daniel adalah antara tongak utama skuad KL City FC yang muncul juara Piala Malaysia pada musim lalu.

Pemain kacukan Malaysia-England itu pernah beraksi selama dua musim di JDT pada 2016 dan 2017 namun hanya diturunkan bersama JDT II.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 3:37 PM