LINGARD pernah menyinar bersama West Ham ketika  dia dipinjamkan ke kelab berkenaan. FOTO Agensi
LINGARD pernah menyinar bersama West Ham ketika dia dipinjamkan ke kelab berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

London: West Ham United mengemukakan tawaran kontrak kepada wakil Jesse Lingard kerana mereka ingin membawanya semula ke Stadium London, menurut Sky Sports News.

Lingard adalah tidak akan terikat dengan mana-mana pasukan minggu depan selepas kontraknya di Manchester United bakal berakhir.

Dia bersinar dalam tempoh pinjaman di West Ham dan bos Hammers, David Moyes mahu dia kembali ke kelab itu untuk menambah pilihan di bahagian serangannya.

Lingard menjaringkan sembilan gol dalam 16 perlawanan untuk West Ham dan kelab itu kini menawarkan tawaran kontrak kepada wakilnya.

The Hammers berharap Lingard mahu kembali semula ke Stadium London.

Penyerang berkenaan berkemungkinan mempunyai beberapa pilihan di atas meja kerana statusnya selepas ini.

Ia masih belum dapat dipastikan sama ada dia mahu kembali ke West Ham, tetapi dia berkemungkinan berminat untuk memastikan dia bermain secara tetap di mana sahaja dia pergi.

Lingard hanya beraksi 355 minit di Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United sepanjang musim lalu dan menjaringkan dua gol.

I

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 2:47 PM