GALAL gagal julang Mesir.  FOTO AFP
GALAL gagal julang Mesir. FOTO AFP
AFP

Kaherah: Pengurus skuad kebangsaan Mesir, Ehab Galal dipecat semalam selepas hanya dua bulan mengambi alih tugas daripada Carlos Queiroz.

Pegawai Persekutuan Bolasepak Mesir, Hazem Emam ketika sidang media di Kaherah berkata keputusan negatif pasukan ketika dikendalikan Galal membawa kepada pemecatan pengurus itu.

"Beberapa jurulatih luar kini dipertimbangkan dan rundingan akan berlangsung dalam masa terdekat," kata Emam.

Mesir beraksi tanpa kapten Mohamed Salah dan beberapa pemain utama tewas 0-2 kepada Habsyah minggu lalu dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023.

Mesir tewas kepada Senegal pada final Februari lalu dan sekali lagi tewas kepada pasukan sama pada Mac juga menerusi penentuan penalti pada aksi playof Piala Dunia.

Bekas jurulatih Pyramids dan Zamalek, Galal, 54, dilantik pada 12 April selepas pengendali dari Portugal, Queiroz mengundur diri susulan tidak berpuas hati dengan kontrak baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2022 @ 7:12 AM