GNONTO bantu Itali seri dengan Jerman. -FOTO AFP
GNONTO bantu Itali seri dengan Jerman. -FOTO AFP
AFP

Milan: Roberto Mancini berkata bahawa Wilfried Gnonto tidak sepatutnya diberikan tekanan biarpun penampilan sulung penyerang remaja Itali menggembirakan peminat yang masih lagi berasa kecewa kerana kegagalan skuad itu beraksi di Piala Dunia.

Penyerah FC Zurich, Gnonto membantu Lorenzo Pellegrini meledakkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi Liga Negara-Negara ketika Itali seri dengan Jerman 1-1 dalam skuad Azzurri yang berwajah baru apabila tidak menurunkan ramai pemain dari skuad yang memenangi Euro 2020.

Mancini berkata, Gnonto perlu dibiarkan berada dalam keadaan tenang untuk terus berkembang dalam kariernya menjelang pertemuan Liga A Kumpulan 3 dengan pendahulu kumpulan Hungary.

"Dia baru berusia 18 tahun dan dia tidak sepatutnya banyak terkenan diberikan terhadapnya, dia perlu dibiarkan bersendirian untuk terus berkembang.

"Untuk usianya, dia tahu bermain bola sepak seperti beberapa orang yang lain dan dia sangat pantas. Jika dia berkembang tanpa terlalu banyak tekanan dia mampu untuk menunjukkan kepada kami kualiti yang dimilikinya."

Gnonto dilahirkan di Verbania di utara Itali. Bapanya berasal dari Ivory Coast dan dipilih Inter Milan ketika berusia sembilan tahun tetapi dia tidak menandatangani sebarang kontrak profesional dengan juara Eropah tiga kali itu.

Sebaliknya dia berhijrah ke Zurich di mana dia mempunyai lebih banyak masa permainan dan memainkan peranan penting dalam pasukan itu ketika kelab itu memenangi kejuaraan liga Switzerland pertama mereka dalam tempoh 13 tahun.

Kebanyakan peminat Itali mendengar mengenai Gnonto buat kali pertama apabila dia di bawa masuk menggantikan Matteo Politano pada minit ke-65 Bologna, membantu Pellegrini meledakkan gol lima minit kemudian selepas beberapa gerak kaki yang kemas di sebelah sayap kanan.

Mancini tidak menyatakan sama ada Gnonto akan diturunkan pada perlawanan seterusnya tetap menjanjikan 'beberapa perubahan' di Cesena bersama pasukan baru Itali.

Mereka disingkirkan daripada saingan Piala Dunia selepas kekalahan dalam aksi play-off kepada Macedonia Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 10:13 AM