RANGNICK akan mengendalikan pasukan kebangsaan Austria musim depan. FOTO Reuters
RANGNICK akan mengendalikan pasukan kebangsaan Austria musim depan. FOTO Reuters
Agensi

London: Ralf Rangnick menegaskan bahawa beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan Manchester United musim ini dan mengakui beliau tidak sepatutnya mengharapkan pasukan yang diterajui oleh Cristiano Ronaldo akan lebih bertenaga.

Rangnick mahu membawa corak permainan terbaik di Old Trafford apabila menggantikan Ole Gunner Solskjaer November lalu namun Plan B yang dirancangkan tidak berjaya apabila jelas skuad tidak dapat menyesuaikan diri dengan perancangannya.

United tewas lima perlawanan terakhir di tempat lawan dan perlu menewaskan Crystal Palace bagi memastikan menamatkan saingan di tempat keenam dan mengelak daripada tercicir ke Liga Konferensi Europa musim depan apabila Erik ten Hag mengambil alih.

Rangnick mengakui: "Kami tidak pernah mendekati bola sepak secara agresif dan proaktif seperti yang saya mahu lakukan. Ia memerlukan kekuatan fizikal kalau nak main begitu. Saya sepatutnya melakukannya dengan lebih baik dan membangunkan pasukan ini dengan cara lebih baik.

"Saya tidak menyalah Cristiano sama sekali, dia bermain dengan hebat dalam setiap perlawanan tapi dia bukan seorang yang mendesak. Walaupun dia masih muda dia tidak menjerit.

"Pasukan lain mempunyai bola di mana kita boleh memenangi bola itu.

"Kami tidak pernah menemui keseimbangan yang tetap yang kami perlu lakukan dengan bola dan tanpa bola," katanya.

Rangnick akan menjadi pengurus pasukan kebangsaan Austria musim depan tetap akan mengekalkan peranan yang lebih kecil di United sebagai perunding.

Beliau berkata, pelantikan Ten Hag sekurang-kurangnya memberi gambaran pemain yang diperlukan pada jendela perpindahan musim panas ini apabila terdapat ruang dalam skuad selepas Juan Mata, Nemanja Matic, Paul Pogba dan Jesse Lingard akan meninggalkan kelab itu.

"Jika anda melihat cara Erik mengendalikan pasukan Ajax atau pasukan bawah 23 tahunnya di Bayern Munich, agak jelas bagaimana dia mahu bermain dan jelas jenis pemain yang dia perlukan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 10:39 AM