PENGENDALI Newcastle Eddie Howe. -FOTO Reuters
PENGENDALI Newcastle Eddie Howe. -FOTO Reuters
Agensi

London: Pengurus Newcastle, Eddie Howe memuji pemainnya selepas bermain dengan cukup cemerlang ketika menewaskan Arsenal 2-0 sekali gus melenyapkan peluang pasukan The Gunners itu untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Newcastle mendominasi 90 minit permainan yang melihatkan Callum Wilson dan Bruno Guimaraes masing-masing menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua.

Separuh musim kedua adalah kemuncak prestasi yang dipamerkan mereka.

Permainan mereka berubah sejak kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu.

Howe berkata: "Perubahan yang besar daripada perlawanan itu (kekalahan di Arsenal dalam perlawanan pertamanya). Itu adalah hari yang sangat mengecewakan.

"Kami meninggalkan stadium pada hari itu dalam masa yang sukar. Kami tahu masih ada perlawanan di separuh musim yang kedua dan pemain menyahut cabaran itu dengan cemerlang.

"Ini adalah persembahan terbaik sejak saya mengendalikan pasukan ini. Motivasi itu adalah kebanggaan kami ketika beraksi di hadapan penyokong dan ia meninggalkan kesan baik sepanjang musim ini.

"Kami sangat agresif terutama dari segi fizikal. Ia bukan permainan yang mudah, Arsenal adalah pasukan berkualiti tinggi.

Bagaimanapun ia satu penghargaan kepada pemain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 9:16 AM