AKSI perlawanan Arsenal menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana, FOTO AFP
AKSI perlawanan Arsenal menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana, FOTO AFP
AFP

Newcastle: Mikel Arteta mengecam pasukannya, Arsenal kerana mensia-siakan kerja semusim selepas mengalami kekalahan 2-0 kepada Newcastle sekali gus menyaksikan The Gunners terlepas peluang untuk beraksi di Liga Juara-Juara untuk musim keenam berturut-turut.

Tottenham kekal dua mata ke atas pesaing dari utara London itu dan kini menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana.

Spurs secara realistiknya hanya memerlukan keputusan seri apabila berkunjung ke tempat lawan bertemu Norwich yang sudahpun tersingkir daripada saingan liga bagi mengesahkan kedudukan empat teratas hasil perbezaan jaringan.

Kekalahan Arsenal juga memastikan tempat ketiga buat Chelsea yang akan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Gol sendiri Ben White dan gol lewat perlawanan Bruno Guimaraes menjadi perbezaan untuk kedua-dua pasukan.

Namun secara keseluruhannya persembahan Newcastle lebih mengagumkan dan skuad Eddie Howe menghantar mesej awal bahawa mereka mampu untuk mencabar tempat empat teratas musim depan.

"Malam yang sangat sukar untuk ditelan," kata Arteta.

"Mereka jauh lebih baik daripada kami dalam semua diperlukan perlawanan bola sepak. Kami tidak mampu melawan malam ini."

Skuad Arteta berada di kelompok depan berbaki tiga perlawanan apabila mereka mendahului Spurs dengan tiga mata.

Namun kemenangan 3-0 Tottenham pada Khamis memberikan tekanan terhadap pasukan muda Gunners yang gagal membalas.

"Newcastle 10 kali lebih baik daripada kami dan persembahan kami jauh daripada sepatutnya kami persembahankan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara," katanya.

Hanya Manchester City dan Liverpool menang lebih banyak mata dalam Liga Perdana berbanding Magpies pada 2022 sejak mereka melabur wang milik Arab Saudi dalam pasaran perpindahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 8:14 AM