HADI Fayyadh Abdul Razak (tengah) meraikan jaringannya ketika bertemu Kemboja petang tadi. FOTO FAM
HADI Fayyadh Abdul Razak (tengah) meraikan jaringannya ketika bertemu Kemboja petang tadi. FOTO FAM
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) sah akan bertemu Vietnam pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Hanoi, Vietnam selepas Thailand mencatatkan kemenangan 1-0 bertemu Laos, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, menyaksikan jaringan gol sendiri oleh pemain Laos, At Viengkham menyelamatkan Thailand daripada bertemu juara bertahan iaitu Vietnam di pusingan separuh akhir Khamis ini.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand yang mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan akan berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.

Petang tadi, skuad kendalian Brad Maloney terpaksa berkongsi mata dengan Kemboja selepas terikat 2-2 sekali gus berdepan tuan rumah kelak.

Meskipun sukar, namun tidak mustahil untuk anak buah Maloney mencipta kejutan ke atas Vietnam sekali gus menempah tiket final yang akan berlangsung Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 10:35 PM