MBAPPE masih belum buat keputusan rasmi mengenai masa depannya. FOTO AFP
MBAPPE masih belum buat keputusan rasmi mengenai masa depannya. FOTO AFP
AFP

Paris: Ibu Kylian Mbappe menafikan laporan bahawa anaknya secara asasnya bersetuju untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG) untuk tempoh tiga tahun lagi dan menolak perpindahan ke Real Madrid.

Akhbar Le Parisien melaporkan bahawa pemilik PSG dari Qatar menawarkan Mbappe gaji €50 juta (RM229 juta) semusim dan bonus kesetiaan €100 juta (RM459 juta) jika dia kekal.

Laporan itu berkata kelab berkenaan menawarkan kontrak dua tahun dengan mempunyai pilihan untuk sambungan tahun ketiga.

Tetapi ibu Mbappe, Fayza Lamari menjelaskan di Twitter bahawa penyerang antarabangsa Perancis itu masih belum membuat keputusan.

"Tiada perjanjian secara asas dengan PSG (atau dengan mana-mana kelab lain).

"Perbincangan mengenai masa depan Kylian masih diteruskan untuk membolehkannya membuat pilihan terbaik, menghormati semua pihak yang terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 9:54 PM