RONALDO (tengah) tonggak penting United. FOTO Reuters
RONALDO (tengah) tonggak penting United. FOTO Reuters
Agensi

London: Manchester United berdepan persaingan dalam usaha mengekalkan bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo di Old Trafford.

Legenda berusia 37 tahun itu mempertimbangkan untuk berhijrah selepas hanya setahun kembali ke kelab itu dan impian Red Devils untuk layak beraksi Liga Juara-Juara musim depan sudah pun berakhir.

Barisan pengurusan United menyedari perkara itu, namun mereka terdesak untuk mengekalkan Ronaldo, nama yang kerap disebut-sebut pada setiap perlawanan.

Ronaldo menandatangani kontrak selama dua tahun apabila dia kembali ke Old Trafford musim ini dengan pilihan lanjutan setahun lagi.

Banyak perancangan pengurus baharu United, Erik Ten Hag tetapi beliau masih belum memberitahu perancangannya kepada bintang Portugal itu.

Ten Hag tidak mahu membincangkan sebarang perancangannya dengan pemain kelab itu sehingga dia menamatkan kempen bersama Ajax.

Ajax berada empat mata di hadapan PSV Eindhoven dengan baki tiga perlawanan lagi.

Ronaldo yang memenangi Liga Juara-Juara sebanyak lima kali, mencetuskan pelbagai pendapat di kalangan peminat.

Ada yang menyatakan kepulangannya pada penghujung Ogos lalu akan mengganggu rancangan Ole Solskjaer apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepadanya.

Manakala ada yang berpendapat bagaimana nasib United jika tanpa Ronaldo yang sudah menjaringkan 24 gol setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 11:44 AM