RALF Rangnick (kanan) akan bimbing Austria. FOTO EPA
RALF Rangnick (kanan) akan bimbing Austria. FOTO EPA
AFP

Vienna: Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick dilantik jurulatih skuad kebangsaan Austria, umum Persekutuan Bolasepak Austria, namun beliau tetap akan meneruskan peranannya sebagai perunding di Old Trafford.

Rangnick menyertai United sebagai pengurus sementara pada November tahun lalu dan akan menggalas tugas selaku penasihat selepas jurulatih Ajax, Erik ten Hag dilantik sebagai pengurus tetap baharu kelab itu.

Persekutuan Bolasepak Austria berkata Rangnick diberikan perjanjian kontrak dua tahun yang akan dilanjutkan kepada empat tahun jika beliau berjaya membawa Austria layak ke saingan Euro 2024.

"Kami sangat gembira kerana dapat menarik seorang pakar dalam bola sepak antarabangsa," kata presiden persekutuan Austria, Gerhard Milletich.

Impian United untuk menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik Liga Perdana sekali gus laya beraksi di Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis selepas seri 1-1 ketika menentang Chelsea awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 8:29 PM