AKSI perlawanan Tottenham menentang Brentford. -FOTO AFP
AKSI perlawanan Tottenham menentang Brentford. -FOTO AFP
AFP

London: Tottenham kini terkeluar daripada kedudukan empat tempat teratas liga selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Brentford semalam.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu kini tergelincir ke kedudukan kelima selepas gagal menemui sentuhan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

Kemenangan Arsenal 3-1 ke atas Manchester United semalam membolehkan mereka melonjak kedudukan mengatasi Tottenham untuk berada di tempat keempat sekali gus menyukarkan usaha Spurs layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal kini dua mata mengatasi Spurs dengan baki lima perlawanan.

"Dari segi pertahanan kami bermain dengan bagus tapi pada masa yang sama, saya fikir kami boleh melakukan lebih baik lagi untuk mencipta peluang menjaringkan gol," katanya.

Selepas membelasah Newcastle dan Aston Villa pada awal April, Tottenham kini gagal menjaringkan sebarang gol pada dua perlawanan terakhir mereka.

Dengan perlawanan penting menentang Arsenal pada 12 Mei ini semakin hampir, barisan pemain Conte perlu mencari semula sentuhan gol dengan cepat.

"Kami cuba melakukan yang terbaik. Kami bermula dari kedudukan yang lebih rendah pada November dan saya rasa sudah banyak peningkatan yang dilakukan," kata Conte.

"Kami perlu turus meningkat kerana saya fikir ia tidak mencukupi jika kami mahu kekal dalam perlumbaan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 7:55 AM