ANTARA usikan nakal penyokong Liverpool.
ANTARA usikan nakal penyokong Liverpool.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kemenangan besar Liverpool ke atas Manchester United (MU) dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi menyaksikan laman sosial penuh dengan usikan nakal netizen terhadap penyokong setia Red Devils terutama peminat di Malaysia.

Kemenangan 4-0 di Anfield itu dianggap cukup bersejarah buat Liverpool tetapi tidak bagi MU yang dilihat tidak bermaya sepanjang 90 minit aksi.

Namun 'serangan' netizen di laman sosial lebih mencuri tumpuan ketika ini apabila pelbagai gambar diubah suai bagi mengejek penyokong MU.

Antaranya, gambar nasi dan lauk yang kemudiannya di 'edit' dengan hidangan lauk diletakkan logo MU bagi menandakan kelab itu menjadi lauk buat Liverpool.

Malah, ada juga yang berkongsi keputusan pusingan pertama Oktober lalu di Old Trafford yang menyaksikan tuan rumah turut tewas dengan keputusan 5-0 ketika itu.

Di Facebook kelab penyokong Liverpool juga meriah antaranya Liverpool Malaysian Reds dengan pelbagai status yang dimuatnaik.

"Takda Ronaldo boleh la sembang.. patutlah Liverpool menang..Ko sembang apa ni bahenol? Hari itu Ronaldo main lawan Everton pun MU kalah," tulis Zack Mohd.

"Liverpool kelab pertama 'score' sembilan gol (termasuk pusingan pertama) lawan MU tanpa balas dalam musim ini. Saya sebagai peminat 'football' rendah diri nak ajak penyokong MU isi borang 'The Reds' sama-sama boleh julang Quadruple," kata Hadi TheReds.

Apapun, aksi membabitkan kedua-dua pasukan sentiasa dinantikan yang bukan saja berlangsung sengit di dalam padang, bahkan turut 'panas' di luar gelanggang.

Dalam aksi awal pagi tadi, Mohd Salah meledak dua gol pada minit ke-22 dan 85, manakala Luis Diaz dan Sadio Mane masing-masing menjaringkan satu gol di minit ke-5 dan 68.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 9:11 AM