PEMAIN Dortmund gembira selepas berjaya menumpaskan Stuttgart. FOTO EPA
PEMAIN Dortmund gembira selepas berjaya menumpaskan Stuttgart. FOTO EPA
Reuters

Stuttgart: Pemain gantian Borussia Dortmund, Julian Brandt menjaringkan gol dia kedua-dua separuh masa untuk membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Vfb Stuttgart dan kembali bangkit selepas kekalahan minggu lalu kepada RB Leipzig.

Pasukan tangga kedua itu, yang masih mempunyai baki lima perlawanan musim ini, kekal dengan peluang tipis untuk meraih kejuaraan selepas mereka mengumpul 60 mata, enam mata di belakang Bayern Munich.

Dortmund, yang tumpas 1-4 kepada Leipzig minggu lalu, berdepan nasib kurang baik pada awal permainan apabila Gio Reyna terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada minit kedua dan Brandt masuk sebagai gantian.

"Tindak balas terbaik untuk bangkit (selepas kalah kepada Leipzig) adalah dengan mencatatkan kemenangan," kata Brandt.

Pasukan pelawat berjaya bangkit daripada serangan awal apabila percubaan Raphael Guerreiro mengenai tiang pada minit kesembilan sebelum Brandt menampan masuk hantaran Erling Haaland dua minit kemudian untuk jaringan terpantas pemain gantian dalam sejarah Bundesliga.

"Anda cuba untuk memanaskan badan secepat mungkin namun rakan sepasukan sangat sabar ketika keadaan itu,

"Selepas itu anda berada dalam tekanan untuk cepat menyesuaikan diri cepat dengan sentuhan pertama," kata Brandt.

Haaland, yang menjadi sasaran perpindahan utama, berjaya melakukan hantaran menghasilkan jaringan namun sudah tidak meledak gol dalam lima aksi terakhir liga, tempoh paling lama buatnya di Bundesliga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2022 @ 12:31 PM