LANZINI mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat berkenaan kejadian berkenaan. FOTO Agensi
LANZINI mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat berkenaan kejadian berkenaan. FOTO Agensi
Reuters

London: Pemain tengah West Ham, Manuel Lanzini tidak mengalami sebarang kecederaan selepas keretanya melanggar pokok ketika menuju ke pusat latihan kelabnya.

Lanzini, yang baru pulang daripada aksi antarabangsa bersama Argentina, tidak memerlukan sebarang rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan di timur London.

"Polis mendapat panggilan jam 12.49 tengah hari, pada Khamis 31 Mac mengatakan berlakunya kemalangan di A12 di Romford.

"Pegawai polis dikejarkan ke sana dan dilaporkan sebuah kereta terbabas sebelum melanggar sebatang pokok. Tiada kecederaan dilaporkan." kata Polis Metropolitan Police kepada Reuters dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 9:28 PM